Tuesday 12 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 1

Bab 1: Pesan dari Masa Silam

Alif ialah seorang wartawan. Ia sedang berada di Washington D.C., tetapi esok harinya ia akan terbang ke London untuk mewawancarai PM Inggeris, Tony Blair, dan juga untuk kemahuan peribadi iaitu mendatangi The World Inter-Faith Forum. Tiba-tiba, ia menerima telefon daripada Atang, rakannya semasa di madrasah Pondok Madani. Ia pun teringat akan masa-masanya di Pondok Madani.

Apabila saya membaca bab ini, saya langsung boleh membayangkan betapa dinginnya kota Washington DC pada musim salji. Ketika saya bernafas, uap embun keluar dari mulut kerana cuacanya yang amat dingin. Saya pun boleh membayangkan dalam minda saya bagaimana jalan-jalan di Washington DC yang dipadati oleh mobil-mobil.

No comments:

Post a Comment