Sunday, 17 February 2013

12 Januari 2013

Hari ini adalah hari terakhir saya di Indonesia. Kerana penerbangan saya amat pagi, iaitu pada puul 11 setengah, saya tidak ada waktu untuk bertemu dengan siapapun lagi. Saya pun menghabiskan waktu-waktu dengan orang tua dan adik saya kerana saya pasti akan rindukan mereka selepas saya kembali ke Singapura. Saya juga menerima mesej-mesej berupa ucapan selamat jalan oleh teman-teman saya. Saya amat terharu dan sedih untuk meninggalkan negara ini.
Di lapangan terbang, saya bertemu dengan Jefferson, tetapi kami tidak bertemu lama kerana kami berbeza kapal terbang. Saya mengucapkan selamat jalan kepada keluarga saya yang melambai-lambaikan tangan dari luar pintu imigrasi. Ayah saya juga memberikan saya uang tambahan untuk saya pergunakan di Singapura. Saya merasa amat sedih dalam hati saya walaupun saya tidak menangis.
Sesampainya di Singapura pada pukul 2 setengah, saya langsung makan McDonald di Changi Airport, lalu saya naik keretapi bawah tanah menuju St Andrew's Hall. Alangkah terperanjatnya ketika saya bertemu dengan Jefferson di Stesen MRT Bugis. Kami pun berjalan bersamaan, tetapi kami tidak banyak berbincang kerana saya dan Jeff masing tidak ada suasana hati untuk berbincang dengan perasaan kami yang masih rindu dan belum berpuas hati dengan 4 hari di Indonesia ini.
Sesampainya di hostel, saya bertemu dengan Ayush dan Avinash yang tidak kembali ke negara asalnya selama liburan. Saya membuka laptop saya dan bermain komputer hingga pukul 6 sore ketika teman-teman yang dari Malaysia juga sudah pulang ke hostel. Mereka membawa banyak kue, dan saya juga membawa kue lapis, jadi kami berbagi dengan satu sama lain dan juga dengan rakan-rakan lainnya.
Pada malam harinya, kami semua ada night study, menandakan kembalinya saya kepada rutin harian saya yang penuh dengan tugas-tugas dan jadual yang ketat.

No comments:

Post a Comment