Sunday, 17 February 2013

10 Januari 2013

Pada hari ini, saya pergi ke gereja dan menjadi pemain muzik dalam perkhidmatan berjemaah. Saya bermain piano pada masa itu. Kemudian, saya bertemu dengan teman-teman lainnya yang belum saya temukan pada hari sebelumnya. Saya pun banyak berbual dengan mereka mengenai gosip-gosip yang saya terlepas selama saya di Singapura. Saya juga mengumpulkan banyak angpao pada hari itu.
Selepas itu, saya menghabiskan waktu siang hari saya untuk tidur dan menghilangkan kantuk yang saya dapati daripada kurang tidur semasa di Singapura. Selepas itu, kami sekeluarga pergi ke pusat membeli-belah yang elit di Jakarta. Saya makan bak kut teh untuk makan malam, kemudian saya bertemu dengan satu teman perempuan saya bernama Tiffany. Kami berdua bertemu secara tidak sengaja. Kami makan ais krim lalu pulang.

No comments:

Post a Comment