Hari ini adalah hari yang paling panjang tapi tidak terasa panjangnya semasa liburan ini. Saya pergi ke sekolah dari pagi-pagi. Walaupun hari itu ada sekolah seperti biasa, saya boleh masuk dengan selesa meskipun hanya mengenakan baju kasual dan celana bermuda.
Di sekolah sedang diadakan perlombaan sukan seperti pada hari Sabtu kelmarin. Bezanya, pada hari Isnin ini, lebih banyak orang yang datang. Saya pun bertemu dengan lebih banyak orang, termasuk guru-guru seperti guru sukan, guru fizika, dan guru konseling. Saya juga bertemu dengan teman perempuan saya yang ang mo. Kami berdua adalah teman yang agak dekat sebelum saya pergi ke Singapura. Saya juga menjadi pengulas pada salah satu pertandingan bola sepak pada hari itu. Semua orang menyuruh saya menggunakan bahasa Inggeris kerana saya baru balik dari Singapura, tetapi ulasan-ulasan saya selama pertandingan itu amat tempang dan tidak masuk akal.
Saya bermain-main di sekolah dan masuk ke kelas-kelas yang ada gurunya sampai pukul 5 sore. Kemudian, saya pulang, mandi, dan pergi lagi ke pusat pembeli-belah bersama rakan-rakan saya. Di sana, saya makan ramen Jepun dan berbagi cerita. Alamak, saya sangat rindu kepada mereka dan saya pun sangat senang ketika bertemu kembali dengan mereka. Pada malam harinya, saya tidak boleh tidur kerana saya sedih kerana pada esok harinya saya akan kembali ke Singapura.
No comments:
Post a Comment