Sunday, 17 February 2013

9 Januari 2013

Mentari pagi bergerak atas. Jam dinding menunjukkan pukul 8 pagi. Saya terbangun oleh teriakan adik perempuan saya. Saya pun langsung disambut oleh mi kuah yang amat sedap perisanya. Mi itu ayah beli pada pagi fajar ketika dia sedang berlari pagi di sekeliling rumah kami. Mi itu mengingatkan saya pada masa-masa sebelum saya hijrah ke Singapura.

Pada siang harinya saya pergi ke sekolah lama saya yang mana sedang diadakan perlombaan sukan antar sekolah. Ada lomba bola sepak, bola keranjang, bulutangkis, pingpong dan lain-lainnya. Saya bertemu dengan rakan-rakan dan handai taulan saya. Kami berbagi pengalaman yang kami dapati selama 3 bulan tidak bertemu. Tetapi, saya hanya boleh berada di sekolah hingga pukul 2 setengah. 

Selepas itu, saya pergi ke gereja untuk latihan kerana pada esok harinya saya ada permainan muzik. Saya juga bertemu dengan teman-teman gereja saya. Malam harinya, saya pulang ke rumah ke bertemu dengan nenek saya yang sedang duduk di kerusi roda kerana dia baru sembuh dari stroke. Hari itu sangatlah menyenangkan dan indah kerana saya boleh bertemu dengan orang-orang yang saya rindukan.

No comments:

Post a Comment